BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

Gejala ajaran sesat





Gejala ajaran sesat suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan. Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat, yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat. Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Takrif Ajaran Sesat

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Bentuk-bentuk Ajaran Sesat

Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu:
  • Bentuk Ajaran
Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang
menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.

  • Bentuk Tarikat
Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikut ajaran tarikat ini.

Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang direka dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka dan konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur ataupun bahan-bahan yang boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah dan boleh membawa pengikut-pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

  • Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan amalan mistik dan kultus.
Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat:

a. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.
b. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.
c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan sebagainya.
d. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada
mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan sebagainya.

Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkan bahawa orang-orang Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-pola kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam dan sekiranya pola-pola yang sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan umat Islam pada hari ini, maka krisis akidah umat Islam makin meruncingkan

No comments:

Post a Comment