BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 28, 2010

Internet adalah elemen untuk belajar sesuatu bahasa



Google Translate adalah perkhidmatan terjemahan yang disediakan oleh Google Inc. dan pelbagai teks atau laman sesawang boleh diterjemah ke bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan lain-lain. Terjemahan boleh dilakukan dalam bentuk perenggan atau karangan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.

Pada beberapa peringkat, pengguna diminta memberikan terjemahan alternatif kepada istilah teknikal. Biasanya ia akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris secara 'lalai'.

Khidmat terjemahan lain seperti Babel Fish, AOL, dan Yahoo! menggunakan SYSTRAN. Tetapi Google menggunakan perisian terjemahan sendiri berasaskan analisis statistik. Hal ini merupakan revolusi moden industri bahasa.

Google Translate juga terbatas. Beberapa bahasa menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada yang lain. Bahasa ditulis dalam Devanagari atau tulisan Arab dan kelainannya boleh ditransliterasikan secara automatik daripada fonetik setara ditulis dalam abjad Latin.

Google Translate ini berasaskan terjemahan mesin statistik berasaskan kajian oleh Franz-Josef Och yang memenangi DARPA tahun 2003. Och sekarang menjadi ketua jabatan enjin Google terjemahan.

Setiap bahasa terdiri daripada satu juta kata dan dua korpus bahasa yang setiap satunya terdiri daripada satu bilion perkataan. Model statistik daripada data ini kemudiannya digunakan untuk menterjemah antara bahasa-bahasa tersebut.

Apa itu internet?







Internet ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IPprotokol pertukaran paket .
sebagai

Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).

Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.

Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang digunakan, ialah e-mel, Usenet, Newsgroup, perkongsian fail, Jaringan Sejagat (WWW), Gopher, WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.

Saturday, February 27, 2010

Teknologi



Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.Selain itu,teknologi juga boleh ditakrifkan sebagai material atau imaterial yang dicipta oleh upaya fizikal dan mental untuk mencapai beberapa nilai.Teknologi juga boleh dilihat sebagai satu kegiatan membentuk dan menukarkan sesuatu budaya seperti munculnya teknologi komunikasi telah mengurangkan ikatan dan hubungan interaksi antara manusia.Namun itu,teknologi juga memainkan peranan penting didalam penindasan politik dan mencetuskan peperangan.

Pencipta Microsoft






William Henry Gates III, (dikenali sebagai
Bill Gates) menghubungi para pencipta mikrokomputer baru, iaitu Micro Instrumentation and Telemetry Systems (MITS), untuk menunjuk cara pelaksanaan bahasa pengaturcaraan BASIC untuk sistem mereka. Selepas diberi tunjuk caranya, MITS bersetuju untuk mengedar keluaran Altair BASIC. GatesUniversiti Harvard, berpindah ke Albuquerque, New Mexico iaitu tempat terletaknya MITS, untuk menubuhkan Microsoft. Pejabat antarabangsa pertama syarikat ini dibuka pada 1 November 1978 di Jepun, berjudul "ASCII Microsoft" (kini "Microsoft Japan"). Pada 1 Januari 1979, syarikat ini berpindah dari Albuquerque ke Bellevue, Washington. Steve Ballmer menyertai Microsoft pada 11 Jun 1980, lama-kelamaan mewarisi jawatan CEO dari Gates.Antara keluaran-keluaran pra-IBM-PC termasuk pakej perisian TASC (The AppleSoft Compiler), yang menterjemah atur cara BASIC kepada bahasa mesin Apple, dan perkakas Microsoft Softcard, kad pemproses Z80 tambahan untuk Apple II dan mana-mana komputer serasi yang membolehkan penggunaan sistem pengendalian CP/M selain Applesoft dan Apple DOS. Pada tahun 1980, Microsoft memasuki perniagaan sistem pengendalian dengan versi Unix tersendiri yang dipanggil Xenix dan dilesenkan kepada kebanyakan penjual komputer.DOS (Disk Operating System) merupakan sistem pengendalian yang membawa kejayaan pertama yang sebenar kepada perniagaan Microsoft.
meninggalkan

Microsoft







Microsoft Corporation (NASDAQ: MSFT, HKEX) ialah sebiah perbadanan teknologi komputer mulsinational yang membangunkan, mengilang, melesenkan, dan menyokong beraneka keluaran perisian untuk kegunaan peralatan komputer. Antara keluaran syarikat yang beribu pejabat di Redmond, Washington, Amerika Syarikat ini, ialah sistem pengendalian Microsoft Windows dan set perisian produktiviti Microsoft Office. Produk-produk ini menempa kedudukan terpenting dalam pasaran komputer meja, dengan anggaran bahagian pasaran setinggi 90% atau lebih seperti pada tahun 2003 bagi Microsoft Office dan 2006 bagi Microsoft Windows, seiring dengan misi asal syarikat ini iaitu "sebuah komputer di atas setiap meja dan di dalam setiap rumah, mengendalikan perisian Microsof.
Microsoft yang mula-mulanya ditubuhkan pada tahun 1975, untuk membangunkan dan menjual
pentafsir BASIC untuk Altair 8800, bangkit untuk mendominasi pasaran sistem pengendalian komputer rumah dengan MS-DOS pada pertengahan 1980-an. Syarikat ini mengeluarkan satu penawaran awam permulaan (IPO) di pasaran saham, di mana, disebabkan kenaikan harga saham yang berikutan, telah melahirkan empat orang ribu-jutawan dan kira-kira 12,000 jutawan di kalangan kakitangan Microsoft. Sepanjang sejarahnya syarikat ini dijadikan sasaran kritikan atas pelbagai sebab, termasuk amalan perniagaan memonopoli—kedua-dua Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Eropah merupakan antara pihak yang mengheret Microsoft ke mahkamah atas pencabulan antiamanah dan pembungkusan perisian.