BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 27, 2010

Teknologi



Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.Selain itu,teknologi juga boleh ditakrifkan sebagai material atau imaterial yang dicipta oleh upaya fizikal dan mental untuk mencapai beberapa nilai.Teknologi juga boleh dilihat sebagai satu kegiatan membentuk dan menukarkan sesuatu budaya seperti munculnya teknologi komunikasi telah mengurangkan ikatan dan hubungan interaksi antara manusia.Namun itu,teknologi juga memainkan peranan penting didalam penindasan politik dan mencetuskan peperangan.

No comments:

Post a Comment