BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 27, 2010

Microsoft







Microsoft Corporation (NASDAQ: MSFT, HKEX) ialah sebiah perbadanan teknologi komputer mulsinational yang membangunkan, mengilang, melesenkan, dan menyokong beraneka keluaran perisian untuk kegunaan peralatan komputer. Antara keluaran syarikat yang beribu pejabat di Redmond, Washington, Amerika Syarikat ini, ialah sistem pengendalian Microsoft Windows dan set perisian produktiviti Microsoft Office. Produk-produk ini menempa kedudukan terpenting dalam pasaran komputer meja, dengan anggaran bahagian pasaran setinggi 90% atau lebih seperti pada tahun 2003 bagi Microsoft Office dan 2006 bagi Microsoft Windows, seiring dengan misi asal syarikat ini iaitu "sebuah komputer di atas setiap meja dan di dalam setiap rumah, mengendalikan perisian Microsof.
Microsoft yang mula-mulanya ditubuhkan pada tahun 1975, untuk membangunkan dan menjual
pentafsir BASIC untuk Altair 8800, bangkit untuk mendominasi pasaran sistem pengendalian komputer rumah dengan MS-DOS pada pertengahan 1980-an. Syarikat ini mengeluarkan satu penawaran awam permulaan (IPO) di pasaran saham, di mana, disebabkan kenaikan harga saham yang berikutan, telah melahirkan empat orang ribu-jutawan dan kira-kira 12,000 jutawan di kalangan kakitangan Microsoft. Sepanjang sejarahnya syarikat ini dijadikan sasaran kritikan atas pelbagai sebab, termasuk amalan perniagaan memonopoli—kedua-dua Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Eropah merupakan antara pihak yang mengheret Microsoft ke mahkamah atas pencabulan antiamanah dan pembungkusan perisian.






No comments:

Post a Comment